BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 1, 2011

Cinta ( Bahagian 2)....

Hmmm.... aku pasrah pada yang esa tentang perjalanan hidup ini...kalau ditakdirkan aku mengasihi lebih dari satu..aku nak buat macamana...bukan sesuatu yang mudah sebenarnya...aku menyayangi semuanya. Sedikitpun ku tidak merasa terbeban dengan semua ini. aku bahagia.
Ceeewaahh....confident jer ek?...ekekeke...tapi memang betul. dari air muka dan matanya...aku dapat membaca,aku bukannya bertepuk sebelah tangan. masing2 mempunyai naluri dan perasan yang sama...cuma aku dan dia dibatasi oleh halangan2 yang sedikit memberi kesan iaitu rakan2 office...apatah lagi yang menaruh perasaan dan hati padanya.Dia juga mungkin mahu menjaga hati orang sekelilingnya apatah lagi rakan2 sejawatan. Hmm....xpelah,aku tahu dia pun sebenarnya malu2...ialah kan wanita. bukan macam lelaki...straight to the point...siap ada yang gelojoh lagi... hahahaha...semberono betullah...cuma aku harap,pandai2lah cover dr pandangan diorang...hehe...xnak jd bahan gossip mcm artis plak...
Tapi sebenar2nya aku memang ikhlas...ini bukan soal nafsu...ini bukan soal aku gatal...dan ini juga bukan soal miang2 lelaki...tapi ini soal kemanusiaan. Perhubungan dan naluri kemanusiaan itu perlu bagi insan yang berfikiran jauh. Kebajikannya ,pengurusan hidupnya,bahagian kebahagiannya,kasih sayang dan cinta yang sememangnya setiap manusia berhak untuk menikmati dan melalui.aku hanya penterjemah untuknya...dan yang paling penting adalah niat/nawaitu...aku ikhlas...kerana Allah.
Aku tahu aku sudah bekahwin dan mempunyai seorang anak. Ya...aku akui,aku amat2 mencintai dan mengasihi isteriku,anakku. aku memberi segala2nya...dan aku sentiasa berkorban untuknya. Tidak pernah sekalipun aku mengasari isteriku...malahan aku sentiasa menatang dan membelainya dengan penuh rasa kasih sayang,dan cinta yang tidak pernah luak sedikitpun. Isteriku tiada cacat celanya...dia diberikan oleh Allah dengan pakej yang cukup sempurna sebagai wanita di mata lelaki.Aku bangga menjadi suami kepadanya.
Ingin aku tegaskan disini...hatiku yang terbuka "untuknya" bukanlah disebabkan kelemahan isteriku,kekurangannya mahupun apa saja yang boleh dijadikan ungkitan..tidak sama sekali.Tidak !!!...Isteriku adalah insan yang cukup sempurna dimataku. Tiada kekurangan padanya walau satu pun. Aku sanjung isteriku dan kasih sayangku kepada isteriku lebih dari segala2nya.
Aku hanyalah insan biasa....dan keistimewaan aku adalah....aku adalah seorang insan yang penyayang !!!....PENYAYANG !!! Sebab itulah...aku menerima kehadirannya dalam hidupku sebagai anugerah. ini melibatkan hubungan sesama insan. bukan soal ego seorang lelaki yang dianugerahkan dalam hukum untuk berpoligami..sama sekali TIDAK !!!
Niat aku hanyalah ingin menjaga kebajikannya....di seorang ibu tunggal,punya seorang anak yang masih kecil,yang masih dan amat2 memerlukan kasih seorang yang bergelar ayah. Kerana aku juga seorang ayah kini,ayah kepada anakku.Apalah salahnya berkongsi kasih sayang ini,hidup bersama2 dengan rukun. Kita hidup bukanlah lama...moga dipanjangkan umur hendaknya dengan selalu berdoa. yelah...manusia...paling kuat umur 60-70 tahun jer.Kalau dunia ini hidupannya boleh berkongsi...kenapa tidak kasih sayang sesama manusia?...
Dia masih memerlukan bantuan dan kasih sayang seseorang yang bergelar lelaki,apatah lagi dia masih muda.Dia mencari Lelaki yang se-benar2 lelaki,yang tahu melindungi,memberi kasih sayang,belaian dan menyanjungnya sebagai seorang wanita bermaruah. Bukannya seorang lelaki yang hanya mementingkan hawa nafsu,ego,kaki pukul dan gagal dalam memberi kasih sayang ,cinta dan belaian.
Aku cuma berharap agar hatinya terbuka luas untukku. Xmengapalah...walaupun berkongsi kasih...tapi sebenarnya itu adalah satu pengorbanan yang amat mulia dan bermaruah.Keikhlasan yang wujud dalam hati aku adalah nawaitu yang benar2 ikhlas dan jelas.
hmmm...wat masanie...mungkin aku dan dia masih malu2...mungkin juga dia gusar...xpelah...aku masih memberi masa untuk menyesuaikan...pelan2...hehe...
arghhh...malam dah rupanya...mengantuk...ekeke....k ye,bye ...( to be continued...)

0 comments: