Lama sudah rasanya aku tidak menulis di sini...kehidupan yang sentiasa sibuk dan dipenuhi dengan kesibukan sebagai lumrah manusia hidup didunia ini. Kadang2 aku sendiri tidak cukup masa untuk berehat...bayangkanlah...bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Isnin hingga jumaat aku di office ku di kajang...hari jumaat malam sabtu aku sudah pun berada didalam kereta untuk pulang ke kampung...sabtu -ahad hari yang cukup sibuk bagi aku...mengurus kebun2 kelapa sawitku...yang mahu dibaja,diracun,diselenggara,dipetik dan pelbagai lagi tugasan yg perlu aku lakukan. Hmmm...apa boleh buat...dah rezeki aku disini..walaupun letih...tapi alhamdulillah...rezeki tu sentiasa mengalir...insyaallah,hujung tahun nie tercapai impian aku nak mengerjakan umrah,nak besarkan ladang ,nk tambah pekerja & nk dapat lesen direct jual hasil sawit ke kilang...insyaallah.
Dalam diam aku melalui perjalanan hidup ini sehari2,aku panjatkan syukur ke hadrat Allah swt...kerana memberi kenikmatan ,kesihatan dan rezeki yang berganda-ganda banyaknya. Begitu juga dengan kasih sayang dan cinta.Bila iungkapkan soal cinta,aku sendiri trtanya2... Salahkah cinta itu datang lagi?..salahkah aku bila sayang itu datang lagi?...adakah aku mempersia2kan cinta yang aku milik selama ini?..Mengapa???...aku sendiri tidak pasti...aku sendiri tidak tahu..ia datang tanpa aku pinta...tanpa aku cari...ia hadir sendiri,tanpa aku memaksanya dan yang pasti.....ianya diluar keupayaan aku sebagai manusia biasa....owhhhhh.......
Aku melalui hari-hari kehidupan ini dengan keikhlasan, dan sentiasa memohon keredhaan illahi. Setiap hari aku memohon dan berdoa agar sentiasa dimurahkan rezki,dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang baik,diampunkan segala dosa dan dikayakan dengan cinta dan kasih sayang. Yang Akhirnya.....aku mmperolehi semua itu...alhamdulillah .
Namun hari ini...aku sendiri tidak pasti..satu kenikmatan dan perasaan aku yang kembali trbuka untuk sesuatu yang dinamakan erti sayang....mungkin juga cinta.Argghh...aku x mampu untuk menolaknya...kerana aku sendiri sayang,dalam diam..tanpa aku meluahkan apa yang terbuku dan terpendam. aku hanya mampu menulis...tapi x mampu meluah.Itulah yang dinamakan anugerah Allah swt yang sentiasa memberi.
Segal2anya.............. bermula pada suatu ketika.....tanpa aku sedar hadirnya seorang wanita di pejabat aku bertugas. Mulanya...aku tiada apa2..hanya tahu hadirnya staf baru disini.Namun tidak dapat tidak..perbualan rakan sepejabat menarik perhatian aku..apabila mendengar sebuah kisah yg tepaksa dilalui oleh staff baru itu. Cukup meruntun jiwa bila aku mendengarnya..aku hanya mampu tertunduk lesu..KERANA...kisahnya adalah sama seperti apa yang pernah dilalui oleh makcik ku..tapi staff ini nasibnya lebih baik..mempunyai kerjaya dan kedudukan...cukuplah untuk nya menjalani kehidupan sehari2. Berbeza dengan makcik ku...tanpa ada apa2...cuma seorang anak kecil yang jadi peneman hidupnya..dan ank kecil itu...terlalu dahagakan kasih sayang seorang ayah...yang tidak pernah ditatap wajahnya...sejak usianya 1 tahun lagi. Aku yang menyaksikan segala2nya ...susah payah,jerit perih,kedukaan dan kekecewaan.. juga kerinduan...yang tidak pernah terubat dan pulih dari hati kecilnya...hingga kini.Malahan anaknya sudah menjangkau usia 16 tahun....bayangkanlah !!! Jadi aku sangat memahami dan cukup menghayati...aku x mampu untuk melihat seorang wanita melalui semua ini. Aku belajar dari sebuah erti kehidupan yang sebenar2nya...
berbalik kepada gadis oofice ku tadi...ibarat Dari mata turun kehati...dari kasihan menjadi sayang. Ya...aku x mampu untuk menipu hati kecilku dan diriku bahawa aku sayangkannya. Aku sayangkannya...dan aku juga kasihkan anaknya...ya anaknya....wujud perasaan kasih dan sayang seorang bapa dlm diri aku kepada anaknya...ikhlas ,demi allah. Walaupun aku tidak pernah meluahkan kepadanya...tapi...aku merasai erti kasih dan sayang kepadanya. Cuma dia tidak tahu...walaupun kadang2...sesekali dua dia melemparkan senyuman manis seorang wanita kepada aku. Aku hanya kelu...x mampu untuk berkata2. Siapalah aku untuknya...isskkk...susahnya...
( To be continued....)
Wednesday, May 25, 2011
Cinta
Posted by Bocah at 7:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment