BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 7, 2009

Ke Mana Arah Kita..

Salam. Dalam hidup,setiap orang mahu mencapai apa yang dicarinya, yang diimpikannya . Baginya,mahupun bagiku sendiri ia merupakan satu simbol kejayaan dan lambang kepuasan dalam hidup. Banyakorang,mahu menjadi orang yang dihormati, ada pula yang mahukan kekuasaan dan ramai pula yang mahu kekayaan malahan, ingin menjadi hartawan tetapi betul atau tidak, teramat sedikit orang yang mahu menjadi ilmuan.
Ialah...hidup masing2,sendiri punya arah tujuan. Tapi,betul atau tidak memang sudah menjadi kenyataan pada hari ini. Dalam diri aku pun ,salah satu antaranya itu yang aku cari. Tapi tidaklah keterlaluan,cukuplah segalanya serba-serbi sederhana. Cuma , sepanjang perjalanan hidup yang aku lalui,tanggungjawab aku sebagai seorang penuntut ilmu,telahpun tercapai. Segenggam ijazah telah aku capai, dan aku puas,kerana amanah yang diberi oleh kedua ibu dan bapa aku ,telah aku penuhi,tapi apapun aku sedar itu belum cukup.Insyaallah , bila ada rezeki nanti ,ingin lagi aku menyambung ketahap yang lebih tinggi ,kepada Allah swt aku memohon dan berserah.
Dalam mengejar kebahagiaan hidup pula,alhamdulillah,aku dianugerahkan seorang isteri yang solehah,cantik,berbudi pekerti mulia dan yang penting adalah yang paling aku cintai. Kebahagiaan yang dianugerahkan ini,memang membuat aku bahagia dan merasa lengkap serba-serbi.
Menjadi lumrah manusia,hidup mencari kesempurnaan. Bila dikait soal harta, ramai antara kita masih termanggu, masing2 timbul persoalan,kayakah kita,berhartakah mahupun apa sekarang yang kita ada. Macamtu juga aku. Kadang2 kita melihat orang lain lebih senang dari kita,kadang2 pula kita melihat,orang lain lebih susah dari kita,beruntungnya kita. Maka , dengan persoalan2 tersebut,maka timbullah soal cara kita mencari harta. Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah. Tapi aku lebih senang dengan ungkapan ini,berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian. Itu lebih baik ,lebih berkat. Bagi aku, tiap hari aku bekerja ,mencari rezeki semata-mata hanya untuk membela nasib keluarga dan sedikit simpanan serta pelaburan untuk hari kemudian. Ialah,kita tak tahu bila kita akan susah, jadi bila senang beringat2lah.
Buat para teman, dalam dunia yang umatnya agak materialistik sekarang, kita saling bersaing dalam perebutan ini. Masing2 ingin memenuhi kantung sendiri,tapi kadang2 sampai tergamak menghalalkan cara, panduan hidup berlandaskan agama diketepi,diperlekeh,dicemuh,banyak pula teraniaya yang bernama manusia,kesan dan akibatnya wujudlah budaya hidup songsang. MasyaAllah. Apa nak jadi..bila manusia saling dengki-mendengki, berdendam,khianat,pecah amanah dan pelbagai lagi pada zaman sekarang yang ma ha dahsyat. Masing-masing mengejar harta dan kepuasan dunia.
Dalam aku berdiskusi ini, aku sendiri mengingat dan menasihatkan diri aku sendiri, agar berhati-hati dalam mencari harta dunia, bila terpesong maka laknatlah kita disisinya. Biarlah aku bermula dengan berdikit-dikit, berhati-hati dan sentiasa berlandaskan cara yang betul lagi mulia. Tiada apa yang dikejar, kalau rezeki itu lebih, ia adalah pemberian Allah swt,aku bersyukur. Hidup ini tidak lama,bahkan bukan kekal, sampai masanya kita kembali ke pangkuan Allah swt. Harta yang dok kita cari,kita kumpul selama ini sampai bergunung2 tu semua ,akhirnya kita tinggalkan begitu saja,apa yang kita bawa ???? .......hanyalah kain putih yang membaluti tubuh bogel kita dan juga amalan hidup didunia...amalan kita saahaja,amalan !!!
Ya Allah,...begitu besarnya nikmat pemberianmu dalam kehidupan ini, peliharalah aku dari sifat lupa dan lalai. Begitu dahsyatnya juga azabmu,jika aku memungkiri perjanjian denganmu sebelum aku dilahirkan kedunia,sebagai hambamu.
Hari ini... aku merenung jauh, aku imbas kembali segala laluan perjalanan hidup aku selama ini, terlalu banyak yang aku lalui,pahit manis,suka dan duka,malahan pelbagai dugaan yang aku harungi. Bukan sesuatu yang mudah, hanya kaulah tempat aku memohon dan mengadu. Cukup menginsafkan.
Cuma berpesan-pesanlah antara kita,Hidup biar bermatlamat, sifat2 mahmudah harus sentiasa dipegang, solat sentiasa ditegakkan, jauhi diri dari sifat2 mazmumah, mengelakkan dari melakukan perbuatan syirik, hasad dengki,berprasangka, derhaka kepada kedua ibu -bapa dan juga guru. Kita hidup sentiasa memerlukan, berbuat baiklah pada semua orang. Yag penting..kita kenal siapa diri kita,bermuhasabahlah !