BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 24, 2009

DiSebalik Tabir...

Salam Sejahtera buat blogger semua. Diharapkan hari -hari yang dilalui penuh dengan manfaat dan pengertian. Setiap hari kita membuka lembaran baru dalam hidup,dan kita sentiasa mengharapkan hari ini lebih baik dpd semalam dan hari esok lebih baik dpd sebelumnya,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dijauhi daripada titik hitam dalam hati yang bisa menyesatkan kita sebagai khalifah Allah swt yang sentiasa tidak lari dpd gangguan jin dan syaitan serta hawa nafsu yang membuak.
Sebagai insan kerdil ,saya membuka blog ini untuk sama -sama kita berkongsi kisah-kisah kehidupan,perjalanan dan cabaran hidup serta pengalaman -pengalaman saya sendiri mahupun para blogger di luar sana. Disinilah kita mengutarakan pendapat dan menerbitkan buah fikiran serta idea-idea bernas sebagai seorang khalifah yang cerdik dan berilmu tinggi.
Kita semua dalah sama, dijadikan daripada unsur yang sama,tujuan yang sama,hanya matlamat hidup ,perjalanan kehidupan dan cabaran itu sahaja yang berbeza-beza. Disinilah medannya ,untuk kita sama -sama berdiskusi sebagai pengajaran dan sempadan dalam menjadikannya sebagai panduan kehidupan .
Adalah sesuatu yang lumrah, dan sifat manusia itu sendiri,inginkan sesuatu yang baru, keluar daripada kepompong buta ilmu dan sentiasa dahagakan pengetahuan. Kita teruskan para blogger.....